THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, February 22, 2012

2D / Dimensi II - Cenderawasih Versi II (MTV Karaoke)

Entri 3

Cenderawasih

Cenderawasih burung kayangan
tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan

Entri 2


Bagaimana dikir barat dipersembahkan?
Dikir barat biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan di Malaysia tetapi jarang di Singapura. Selalunya di Singapura hanya pertandingan diadakan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun kerja amal untuk membantu masyarakat dan orang yang lebih memerlukan. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.
Siapa peserta-peserta/ Ahli-ahli dikir barat?
Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan.
KUMPULAN AHLI-AHLI

Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara dan beberapa orang awok-awok (Selalunya antara 15 ke 30 orang).

a) Tukang Karut
Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam kelompok Dikir Barat. Tugasnya ialah berpantun dan bersyair, yang merupakan tugas utama. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan menurut keinginannya. Dengan demikian, permikiran atau isi-isi pantun atau puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa difikirkan lagi.

b) Tuk Juara
Tuk juara merupakan orang kedua yang paling penting dalam kelompok Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang Karut mula Mengarut(bercerita). Hanya, tuk juara terpaksa mengarut ketika Tukang Karut belum hadir di tepat pertunjukkan, (biasanya di awal permainan), namun tidak begitu lama. Tuk Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan/persembahan. Sedangkan Tukang Karut mendendangkan karutnya dalam keadaan berdiri.

c) Awok-awok
Awok-awok ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu persembahan Dikir Barat. Biasanya, awok-awok terdiri darpada muda mudi belasan tahun dan orang dewasa tetepi orang dewasa yang lebih ramai menjadi awok-awok. Gelaran awok-awok ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awok-awok dalam persembahan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.

Entri 1- Pengenalan


APA ITU DIKIR BARAT?
Perkataan "Dikir Barat" ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walau bagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.
Asal usul dikir barat:
Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara.



Fithriyaani 22/02/2012

Saturday, December 3, 2011

Pengalaman pahit manis 2010

4hb Januari adalah hari pertama aku menjejak ke sekolah menengah baruku. Sekolah Menengah Guangyang adalah sekolah yang aku telah pelajari di selama 1 1/2 tahun ini. Aku berada di kelas 1N2. Ramai murid baru dari sekolah lain dan aku agak gementar dan malu untuk bercakap dengan mereka. Rakan pertama yang aku kenali ialah Hairul dan Coco. Hairul duduk di meja belakangku dan dia selalu mengusik dan suka kacau aku dan Juliana di meja hadapan. Aku terus marahi Hairul. Aku dan Coco semakin rapat setiap hari berjumpa di sekolah, lalu aku pun keluar untuk ke kantin bersamanya. Setelah Secondary 1 Orientation camp, mulanya hidupku di sekolah ini. Aku pun membuat kawan dengan rakan baru, dan lama-kelamaan seluruh rakan baruku senang untukku berbual dengan mereka.

Kedua adalah tentang CCA. Aku memilih badminton untuk dijadikan CCA ku kerana aku ingin bersambung dari sekolah rendah. Latihan pertama membuat ku rasa "odd one out" kerana aku sorang bangsa melayu yang di badminton, malah kebanyakkanya ialah bangsa cina. Aku tidak kisah aku sorang melayu atau tidak, ak tidak akan berhenti badminton kerana sukan itu telah bersamaku sejak di sekolah rendah lagi. Lama-kelamaan ramai rakan baru di badminton bukan dari kumpulan perempuan sahaja malah dari kumpulan lelaki dan dari segala CCA di sekolah ini. Jurulatih pertamaku ialah bangsa cina dia dari negeri China dan dia tidak tahu berbual bahasa inggeris, ia agak sukar untukku memahami segala perbualannya, aku harus bertanya kepada pelajar bangsa cina lain untuk menerangkan apa yang harus dibuat untuk latihan seterusnya. Kadang kala, aku tidak harus khuatir dengan perbualannya kerana aku dapat memahami dari pergerakan tangannya atau "body language" dan aku faham sedikit bahasa cina. Paling seronok dalam sukan ini ialah 2010 adalah tahun yang paling beruntung untukku ke sekolah menengah kerana

YOG ( Youth Olympic Games) di Singapura dan aku
dapat menonton perlawanan Badminton pertama kali seumur hidupku dan hari perlawanan itu, semua umat islam sedang berpuasa dan aku berasa penat dan haus tetapi aku tetap menyokong pemain-pemain negara Singapura dan negara lain. 2010 adalah tahun yang paling istimewa bagiku:)

Itu sahaja Pengalaman Pahit Manis Melayari 2010 ku:)


TERIMA KASIH:)

Fithriyaani
03/12/11

Wednesday, July 27, 2011

Ayat Perintah

Tuesday, July 27, 2010

kuda kepang