THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, February 22, 2012

2D / Dimensi II - Cenderawasih Versi II (MTV Karaoke)

Entri 3

Cenderawasih

Cenderawasih burung kayangan
tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan

Entri 2


Bagaimana dikir barat dipersembahkan?
Dikir barat biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan di Malaysia tetapi jarang di Singapura. Selalunya di Singapura hanya pertandingan diadakan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun kerja amal untuk membantu masyarakat dan orang yang lebih memerlukan. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.
Siapa peserta-peserta/ Ahli-ahli dikir barat?
Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan.
KUMPULAN AHLI-AHLI

Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara dan beberapa orang awok-awok (Selalunya antara 15 ke 30 orang).

a) Tukang Karut
Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam kelompok Dikir Barat. Tugasnya ialah berpantun dan bersyair, yang merupakan tugas utama. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan menurut keinginannya. Dengan demikian, permikiran atau isi-isi pantun atau puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa difikirkan lagi.

b) Tuk Juara
Tuk juara merupakan orang kedua yang paling penting dalam kelompok Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang Karut mula Mengarut(bercerita). Hanya, tuk juara terpaksa mengarut ketika Tukang Karut belum hadir di tepat pertunjukkan, (biasanya di awal permainan), namun tidak begitu lama. Tuk Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan/persembahan. Sedangkan Tukang Karut mendendangkan karutnya dalam keadaan berdiri.

c) Awok-awok
Awok-awok ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu persembahan Dikir Barat. Biasanya, awok-awok terdiri darpada muda mudi belasan tahun dan orang dewasa tetepi orang dewasa yang lebih ramai menjadi awok-awok. Gelaran awok-awok ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awok-awok dalam persembahan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.

Entri 1- Pengenalan


APA ITU DIKIR BARAT?
Perkataan "Dikir Barat" ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walau bagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.
Asal usul dikir barat:
Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara.



Fithriyaani 22/02/2012