THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, February 22, 2012

Entri 2


Bagaimana dikir barat dipersembahkan?
Dikir barat biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan di Malaysia tetapi jarang di Singapura. Selalunya di Singapura hanya pertandingan diadakan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun kerja amal untuk membantu masyarakat dan orang yang lebih memerlukan. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.
Siapa peserta-peserta/ Ahli-ahli dikir barat?
Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan.
KUMPULAN AHLI-AHLI

Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara dan beberapa orang awok-awok (Selalunya antara 15 ke 30 orang).

a) Tukang Karut
Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam kelompok Dikir Barat. Tugasnya ialah berpantun dan bersyair, yang merupakan tugas utama. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan menurut keinginannya. Dengan demikian, permikiran atau isi-isi pantun atau puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa difikirkan lagi.

b) Tuk Juara
Tuk juara merupakan orang kedua yang paling penting dalam kelompok Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang Karut mula Mengarut(bercerita). Hanya, tuk juara terpaksa mengarut ketika Tukang Karut belum hadir di tepat pertunjukkan, (biasanya di awal permainan), namun tidak begitu lama. Tuk Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan/persembahan. Sedangkan Tukang Karut mendendangkan karutnya dalam keadaan berdiri.

c) Awok-awok
Awok-awok ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu persembahan Dikir Barat. Biasanya, awok-awok terdiri darpada muda mudi belasan tahun dan orang dewasa tetepi orang dewasa yang lebih ramai menjadi awok-awok. Gelaran awok-awok ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awok-awok dalam persembahan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.

0 comments: