THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Wednesday, February 22, 2012

2D / Dimensi II - Cenderawasih Versi II (MTV Karaoke)

Entri 3

Cenderawasih

Cenderawasih burung kayangan
tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan

Entri 2


Bagaimana dikir barat dipersembahkan?
Dikir barat biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan di Malaysia tetapi jarang di Singapura. Selalunya di Singapura hanya pertandingan diadakan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun kerja amal untuk membantu masyarakat dan orang yang lebih memerlukan. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.
Siapa peserta-peserta/ Ahli-ahli dikir barat?
Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan.
KUMPULAN AHLI-AHLI

Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara dan beberapa orang awok-awok (Selalunya antara 15 ke 30 orang).

a) Tukang Karut
Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam kelompok Dikir Barat. Tugasnya ialah berpantun dan bersyair, yang merupakan tugas utama. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan menurut keinginannya. Dengan demikian, permikiran atau isi-isi pantun atau puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa difikirkan lagi.

b) Tuk Juara
Tuk juara merupakan orang kedua yang paling penting dalam kelompok Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang Karut mula Mengarut(bercerita). Hanya, tuk juara terpaksa mengarut ketika Tukang Karut belum hadir di tepat pertunjukkan, (biasanya di awal permainan), namun tidak begitu lama. Tuk Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan/persembahan. Sedangkan Tukang Karut mendendangkan karutnya dalam keadaan berdiri.

c) Awok-awok
Awok-awok ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu persembahan Dikir Barat. Biasanya, awok-awok terdiri darpada muda mudi belasan tahun dan orang dewasa tetepi orang dewasa yang lebih ramai menjadi awok-awok. Gelaran awok-awok ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awok-awok dalam persembahan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.

Entri 1- Pengenalan


APA ITU DIKIR BARAT?
Perkataan "Dikir Barat" ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walau bagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.
Asal usul dikir barat:
Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara.



Fithriyaani 22/02/2012

Saturday, December 3, 2011

Pengalaman pahit manis 2010

4hb Januari adalah hari pertama aku menjejak ke sekolah menengah baruku. Sekolah Menengah Guangyang adalah sekolah yang aku telah pelajari di selama 1 1/2 tahun ini. Aku berada di kelas 1N2. Ramai murid baru dari sekolah lain dan aku agak gementar dan malu untuk bercakap dengan mereka. Rakan pertama yang aku kenali ialah Hairul dan Coco. Hairul duduk di meja belakangku dan dia selalu mengusik dan suka kacau aku dan Juliana di meja hadapan. Aku terus marahi Hairul. Aku dan Coco semakin rapat setiap hari berjumpa di sekolah, lalu aku pun keluar untuk ke kantin bersamanya. Setelah Secondary 1 Orientation camp, mulanya hidupku di sekolah ini. Aku pun membuat kawan dengan rakan baru, dan lama-kelamaan seluruh rakan baruku senang untukku berbual dengan mereka.

Kedua adalah tentang CCA. Aku memilih badminton untuk dijadikan CCA ku kerana aku ingin bersambung dari sekolah rendah. Latihan pertama membuat ku rasa "odd one out" kerana aku sorang bangsa melayu yang di badminton, malah kebanyakkanya ialah bangsa cina. Aku tidak kisah aku sorang melayu atau tidak, ak tidak akan berhenti badminton kerana sukan itu telah bersamaku sejak di sekolah rendah lagi. Lama-kelamaan ramai rakan baru di badminton bukan dari kumpulan perempuan sahaja malah dari kumpulan lelaki dan dari segala CCA di sekolah ini. Jurulatih pertamaku ialah bangsa cina dia dari negeri China dan dia tidak tahu berbual bahasa inggeris, ia agak sukar untukku memahami segala perbualannya, aku harus bertanya kepada pelajar bangsa cina lain untuk menerangkan apa yang harus dibuat untuk latihan seterusnya. Kadang kala, aku tidak harus khuatir dengan perbualannya kerana aku dapat memahami dari pergerakan tangannya atau "body language" dan aku faham sedikit bahasa cina. Paling seronok dalam sukan ini ialah 2010 adalah tahun yang paling beruntung untukku ke sekolah menengah kerana

YOG ( Youth Olympic Games) di Singapura dan aku
dapat menonton perlawanan Badminton pertama kali seumur hidupku dan hari perlawanan itu, semua umat islam sedang berpuasa dan aku berasa penat dan haus tetapi aku tetap menyokong pemain-pemain negara Singapura dan negara lain. 2010 adalah tahun yang paling istimewa bagiku:)

Itu sahaja Pengalaman Pahit Manis Melayari 2010 ku:)


TERIMA KASIH:)

Fithriyaani
03/12/11

Wednesday, July 27, 2011

Ayat Perintah

Tuesday, July 27, 2010

kuda kepang

The best ending of kuda kepang!!! MUST WATCH!!!

Wednesday, July 21, 2010

PERTANDINGAN BLOGGIN 2010- ENTRI KETIGA

Asal usul persembahan seni dan muzik tradisional budaya melayu.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KETIGA



Asal-Usul Kuda Kepang
Kuda kepang berasal dari Jawa, Indonesia.


Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KELIMA

Hari Keharmonian Kaum
Hari ini, 21 Julai 2010, kami pelajar-pelajar sekolah menengah Guangyang menyambut Hari Keharmonian Kaum. Kebanyakan pelajar menengah
3,4 dan 5 memakai baju tradisional Melayu, Cina, India pakaian orang Serani,Korea,Jepun. Aku memakai baju kurung Melayu yang berwarna biru gelap manik-manik.
Apa itu Hari Keharmonian Kaum?
Hari Keharmonian Kaum juga merupakan hari bagi sekolah untuk merenungkan, dan merayakan kejayaan Singapura sebagai bangsa-bangsa yang harmoni dan masyarakat yang dibina atas kepelbagaian budaya dan warisan.Di sekolah-sekolah merata Singapura seluruh bangsa pada hari itu digalakkan untuk dapat mengenakan kostum tradisional mereka seperti cheongsam dan Baju Kurung. Permainan tradisional seperti Kutih-kutih dan titik Sifar, titik zero dimainkan di sekolah, di mana persaingan antar-kelas kadang-kadang terancang.
Bila Hari Keharmonian Kaum Disambut?
Hari keharmonian kaum disambutkan setiap tahun pada 21 Julai di Singapura.
Acara ini adalah untuk memperingati Rusuhan Kaum 1964, yang berlangsung pada 21 Julai 1964.

Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEDUA

Tuesday, July 13, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA

APA ITU BUDAYA MELAYU?


Aku dilahirkan sebagai seorang orang melayu. Aku bangga menjadi seorang warga melayu kerana melayu mempunyai banyak pelajaran untuk aku pelajari sebagai contohnya, permainanan tradisional melayu, pantang larang orang melayu, persembahan seni, muzik tradisional melayu dan sebagainya.


Aku rasa terkejut bila cikgu memberitahu bahawa aku dan kawan sedarjah harus memasuki pertandingan blogging ini tetapi, aku cuba untuk buat yang terbaik. Aku orangnya tidak begitu arif dalam blogging. Aku terus memperjuangkan diriku untuk tudak berputus asa untuk menghabiskan blog ini, jika tidak dihabiskan blog ini, aku akan dimarahi cikgu bahasaku. Cikgu bahasaku memberitahu kami sedarjah bahawa pertandingan ini juga akan dia meletak markah untuk CA.



Monday, June 21, 2010

Projek melayu (filem klasik dan moden)

Check out this SlideShare Presentation:

Friday, February 26, 2010

Ppt1 B [Recovered]

Check out this SlideShare Presentation:

Monday, January 25, 2010

Singapura Tanah Airku

Aku berasa sangat bangga tingal di Singapura. Sedangkan singapura ialah negara yang paling kecil di peta negara. Saya suka negara singapura kerana saya ada banyak rakan dan saya mempelajari subjek-subjek yang diajari oleh guru tempatan. Saya mempunyai keluarga yang menyokong apa sahaja yang saya buat. Rakan-rakan juga baik hati terhadap saya dan saling menghargai diriku.

Zaman sekarang telah berbeza dari dahulu. Telefon bimbit sekarang telah berubah kerana saiz telefon bimbitsekarang kecil dan mudah untuk dibawa kemana sahaja... Telefon bimbit dahulu saiznya besar dan berat untuk pemiliknya bawak kemana sahaja...
Telefon bimbit sekarang juga ada yang boleh dipicit di skreen manakala dahulu dipicit di butang telefon bimbit yang besar...

Aku berharap agar aku akan sentiasa tinggal di singapura dan bekerja keras hingga ke menara gading dan juga berharap akan membahagiakan ibu bapaku yang aku sayangi...
Mereka ( ibu bapaku) telah menjaga ku semenjak kecil lagi dan sekarang aku ingin melihat mereka bahagia atas kejayaanku...

Bila aku dewasa aku ingin mencari kerja yang bermanfaat untuk ku agar aku boleh menolong ibu bapaku dalam masa hadapan kami...
Akhir kata, aku ingin permintaanku ini menjadi satu sumber kejayaan yang dihadapi oleh ku sendiri....